Shopee Dropship – Malay

Program Dropship Shopee SLAE Army

Soalan Lazim

Siapa yang boleh menyertai Program Dropship Shopee SLAE Army?

Program ini hanya terbuka untuk ejen SLAE Army sahaja. Jika anda bukan ejen SLAE Army, anda boleh bermula dengan mendaftar di sini.

Berapa caj yang akan dikenakan untuk setiap pesanan?

Setiap pesanan akan dicaj RM3.50 untuk perkhidmatan pengendalian. Pastikan anda sudah tambah nilai kredit atau kredit anda cukup sebelum menghantar pesanan.

Bagaimanakah program ini berfungsi?

LANGKAH PERTAMA

Masukkan pesanan ke dalam sistem ejen SLAE Army

Sila ambil perhatian

*Hantar sekali sahaja untuk setiap satu pesanan. Anda tidak dibenarkan untuk menggabungkan pesanan.

*Pastikan anda menjelaskan pesanan dengan menulis “Pesanan Dropship Shopee” di bahagian catatan. 

LANGKAH KEDUA

Hantar maklumat pesanan dan borang Dropship Shopee bersama Air Waybill Shopee

Sila ambil perhatian

*Hantar pesanan tersebut sekali sahaja.

*Masukkan nombor ID ejen dan nombor pesanan yang tepat supaya kami boleh padankan pesanan dengan betul

*Muat naik Airway Bill Shopee dan Packing List yang betul

LANGKAH KETIGA

Kami akan bungkus pesanan anda dan turunkan ke Shopee drop-off point

Sila ambil perhatian

Kami akan turunkan pesanan tersebut di drop-off point Shopee dalam tempoh 48 jam (Pesanan yang masuk pada hari Jumaat atau pada hujung minggu akan disiapkan pada hari Isnin)

Apakah perkhidmatan yang kami tawarkan di dalam program Dropship Shopee ini?

  • Padankan pesanan anda yang dimasukkan di dalam sistem ejen SLAE Army. 
  • Bungkuskan pesanan mengikut piawaian Shopee.
  • Cetak Air Waybill  Shopee yang anda telah muat naik sebagai borang penghantaran.
  • Kami akan turunkan pesanan anda ke drop-off point Shopee dalam tempoh masa 48 jam (Pesanan yang masuk selepas 10 pagi pada hari Jumaat atau pada hujung minggu akan disiapkan pada hari Isnin)
  • Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah pengendalian pesanan yang anda bayar sebagai kredit.

Macam mana boleh saya tambah nilai kredit Dropship Shopee SLAE Army saya?

Setelah anda mendaftar pada kali pertama, anda akan diarahkan ke gerbang pembayaran untuk menambah nilai kredit. 

Jika anda sudah pun mendaftar, klik di sini untuk menambah nilai kredit. 

Di mana boleh saya dapatkan nombor ID SLAE Army saya?

Nombor ID ejen SLAE Army akan dipaparkan di bar bahagian atas laman web SLAE Army setelah anda log masuk.

Macam mana boleh saya muat turun Air Waybill dan Packing List daripada Shopee?

Sila rujuk video di sebelah kiri atau masuk ke pautan ini.